Aim Lab dan Riot Games Bekerjasama untuk Item Bertemakan Arcane

Jika anda seorang pemain FPS, pasti anda telah mencuba Aim Lab sekurang-kurangnya sekali. Platform prestasi FPS Aim Lab secara rasmi mengumumkan kerjasama dengan Riot Games.

Menurut perkongsian itu, Aim Lab akan mewujudkan koridor menembak berasaskan Arcane. Bersama-sama dengan itu, akan ada item berasaskan Arcane untuk para pemain. Perkongsian ini akan membawa tugasan bertemakan Arcane untuk pemain sehingga 28 Februari 2022. Selain itu, Aim Lab akan menganjurkan acara VR untuk ‘Pengalaman Undercity Nights’ Riot di Los Angeles. Semua pemain akan dapat menikmati Aim Lab bertemakan Arcane yang sangat popular itu. Aim Lab juga telah menjadi penanda arasan seseorang untuk menganalisis tahap kemahiran mereka dalam menggunakan tetikus di dalam permaiana FPS. Aim Lab menawarkan pelbagai mod permainan bersesuaian dengan permainan yang anda pilih unruk berlatih.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.