Cara untuk Bermain Permainan di Netflix

Netflix telah pun memulakan pengembangan mereka ke dalam dunia permainan mudah alih dengan beberapa tajuk terpilih tersedia untuk dimainkan di beberapa negara di seluruh dunia.

Mana-mana pengguna Netflix dengan langganan aktif yang sah boleh mengakses permainan ini dengan mudah tanpa sebarang bayaran atau yuran tambahan. Selain itu, permainan ini juga tidak mempunyai sebarang pembelian atau iklan dalam aplikasi, menjadikan permainan Netflix pilihan yang bagus untuk pemain kasual dan tegar.

Permainan yang kini tersedia di platform termasuk tajuk seperti Stranger Things 3: The Game, Stranger Things: 1984, Card Blast, Shooting Hoops dan Teeter Up. Ini adalah cara-cara anda boleh mencuba permainan Netflix ini dengan segera pada peranti Android atau iOS anda.

Cara Bermain Permainan Netflix pada Android/iOS

  • Lancarkan aplikasi Netflix
  • Log masuk ke akaun anda dan pasrikan akaun anda masih aktif
  • Navigasi ke tab ‘Permainan’ di bahagian bawah skrin anda.
  • Pilih permainan yang ingin anda mainkan dan klik pada ‘Dapatkan Permainan’
  • Tunggu sehingga permainan dimuat turun dari aplikasi
  • Setelah permainan dimuat turun, log masuk ke akaun Netflix anda dan mula bermain

Perlu diingatkan bahawa permainan ini tidak boleh diakses pada profil kanak-kanak. Sesetengah permainan ini juga tidak memerlukan sambungan internet untuk bermain, jadi ia akan menjadi mudah pada peranti mudah alih anda. 

Walaupun rangkaian permainan semasa yang tersedia di Netflix nampaknya sangat terhad, syarikat itu merancang untuk memperkenalkan lebih banyak permainan yang menarik pada koleksi mereka dalam masa terdekat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.