Cara untuk menjana pendapatan di Twitch tanpa perlu ‘live’

Pada masa kini, bilangan ‘content creator’ atau dikenali sebagai pencipta kandungan di Twitch semakin ramai . Hal ini kerana, pencipta kandungan ti Twitch boleh menyebabkan seseorang menjadi popular dan menjanjikan pendapatan yang lumayan jika ramai yang mengikuti kandungannya.

Jumlah pencipta kandungan lebih ramai daripada penonton

Perekembangan dunia teknologi menyebabkan sesorang lebih gemar menceburi bidang-bidang seperti ini menyebabkan semua orang berminat mahu mencuba untuk menjadi ‘content creator’.Pendapatan pencipta kandungan di platfrom seperti Twitch kebanyakan bergantung kepada hasil yang diderma oleh penonton. Dengan kurangnya penonton dan tingkatnnya bilangan pencipta kandunagn ini, maka hasil pendapatan semestinya akan berkurang bahkan sukar untuk diperolehi.

Kaedah alternatif untuk menjana pendatan sebagai ‘Content Creator’

  1. Menjual di kedai merch

Anda boleh mereka reka bentuk khas seperi baju untuk dijual di kedai merch. Terdapat pelbagai kedai merch percuma di internet seperti ‘streamlabs’. Kedai merch seperti ini akan meminta apa menghasilkan reka bentuk mengikut kreativiti dan kesesuaian anda untuk dijual di kedai mereka. Mereka akan menguruskan aktiviti promosi, percetakan dan penghantaran. Komisen akan diberikan kepada anda jika produk anda berjaya dijual. Hal ini akan dapat membantu anda dari segi kewangan dan penghasilan merch sendiri dan ianya sangat bagus untuk mempromosikan jenama anda.

2. Hunungkan kandungan anda dengan E-dagang

Anda juga boleh meletakkan link di siaran langsung anda di Twitch ataupun di video anda di Youtube. Apabila peononton anda menekan link yang anda sediakan dan membeki barang melalui link tersebut, anda akan mendapat komisen. Ini sangat mudah untuk menjana pendapatan tambahan.Tambahan pula, pencipta kandungan yang mempunyai link pada video mereka akan kelihatan lebih profesional.

Info Tambahan

Bagi mengembangkan saluran jenama anda dengan lebih luas dan profesional, anda boleh melabur untuk mendapatkan peralatan yang lebih efisien . Selain itu, mengupah seseorang yang mahir dalam bidang penyunting video untuk membuat kandungan anda lebih menarik dan profesional. Hal ini akan meningkatkan jumlah penonton dan secara langsung pendapatan anda sebagai pencipta kandungan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.