CSGO : NaVi Juara BLAST Premier Fall

Skuad CIS, NaVi telah memenangi BLAST Premier dengan menewaskan Vitality 2-1.

Natus Vincere terus mendominasi semasa menewaskan Vitality 2-1 dalam grand final BLAST Premier Fall Final, menjadikan ini kemenangan LAN ketiga mereka berturut-turut selepas IEM Cologne dan PGL Major di Stockholm. Kemenangan terakhir tidak datang dengan mudah kepada anak buah Andrey “⁠B1ad3⁠” Gorodenskiy, bagaimanapun, kerana kemenangan peta pertama diikuti dengan kejutan apabila Vitality secara mengejut menuntut Nuke 16-6, peta yang NAVI tidak pernah kalah dalam lhampir setahun, meraih 20 kemenangan berturut-turut sementara itu. Akhirnya, pemain Perancis itu tidak dapat mengekalkan rentak pada peta terakhir, Inferno, di mana NAVI menetapkan rentak di sebelah CT memberi mereka banyak ruang untuk menutup serangan untuk memenangi trofi. 

Natus Vincere kini menuju ke era pendominasian seperti telaj dipamerkan leh Astralis sebelum ini. Jika S1mple dan pasukannya dapat mengekalkan kejohanan seperti ini, sudah pasti impian mereka itu akan tercapai. Pasukan NaVi kini membuktikan merekalah pasukan CSGO NaVi terbaik yang organisasi itu pernah ada selama ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.