Free Fire : Kerjasama dengan Netflix Money Heist

Free Fire mendapat satu lagi kerjasama dengan siri Netflix terkenal Money Heist (juga dipanggil La Casa De Papel).

Siri televisyen tpopular dai Sepanyol ini buat pertama kali bekerjasama dengan permainan itu pada September 2020. Lebih setahun kemudian, ia kembali ke Free Fire dengan acara dalam permainan,Final Episode: Raid and Run.

Bahagian dua Money Heist musim lima, yang terdiri daripada tiga episod akhir, akan ditayangkan di Netflix pada 3 Dis. Bertepatan dengan ini, acara Final Episode: Raid and Run akan disiarkan secara langsung dalam Free Fire pada hari yang sama dan berlangsung sehingga 14 Dis.

Sebahagian daripada gabungan ini, banyak ciri baharu akan dimasukkan ke dalam permainan battle royale. Ini termasuk mod, kosmetik dalam permainan, antara muka baharu, item kerjasama Free Fire x Money Heist dan banyak lagi.

Ciri kerjasama yang paling menarik ialah mod baharu yang menampilkan salah satu watak utama siri ini, The Professor. Pemain akan dapat bekerjasama dengannya untuk menyelesaikan misi di peta Bermuda. Ini termasuk mencari emas dan menyelamatkan skuad Free Fire. 

Garena telah berkata bahawa butiran lanjut mengenai kerjasama itu akan didedahkan dalam beberapa hari akan datang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.