Game Baharu : Dying Light 2 Stay Human

Dying Light 2 kelihatan lebih menarik dari yang sebelumnya. Permainan parkour zombie pertama Techland memberikan impak yang positif dan mendapat sokongan penuh selepas sahaja pengumumannya. Pada tahun 2016 terdapat The following DLC, yang membolehkan anda berkeliaran di kawasan luar bandar yang luas sambil menewaskan mayat hidup di bawah kereta perisai, dan yang lebih menarik ‘battle royale’.

Dying Light 2 pada mulanya diumumkan pada E3 2018 dengan treler yang menarik, tetapi disebabkan covid-19, ia ditangguhkan pada Januari 2020, dan sekarang akhirnya mempunyai tarikh pelancaran untuk Dying Light 2. Techland telah mengeluarkan trelernya sebelum berakhir 2021.

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh TheGamer tidak menunjukkan gambaran positif mengenai budaya syarikat di Techland. Pekerja mengadu tentang gaya pengurusan “autokratik” Ketua Pegawai Eksekutif Pawel Marchewka, terlalu bergantung pada perunding luaran yang tidak mempunyai pengalaman dalam industri permainan, konflik di peringkat pengeluaran, perolehan kakitangan yang tinggi, dan pengurusan mikro, yang semuanya secara kolektif mempunyai kesan memberi impak negatif permainan.

Pengalaman di dalam permainan

Mekanik kitaran siang dan malam kini kembali. Yang dijangkiti akan berkeliaran di jalan-jalan pada waktu malam, hal ini akan memaksa anda untuk membina tempat perlindungan. “Manusia memerintah kota pada siang hari,” kata Ciszewski, “tetapi jalan-jalan dipenuhi dengan Jangkitan pada waktu malam. Lantai akan menjadi lava, pada dasarnya memaksa anda harus tinggal di atas bumbung. Sekiranya anda melompat ke permukaan tanah, nyawa akan ditolak sedikit dan kemungkinan besar anda akan dikejar dan menemui Screamers. “

  • Dying Light 2 menggandakan pergerakan parkour.
  • Ia akan mempunyai paraglider dan tali cangkuk yang dapat ditingkatkan prestasinya.
  • Peta Dying Light 2 berukuran empat kali lebih besar daripada yang asal.
  • Kisah Dying Light 2 adalah sekitar 20 jam, tetapi ia mempunyai kandungan lebih dari 100 jam

Tarikh

Game ini dirancang akan dirasmikan pada 4 Febuari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.