God of War memenangi Anugerah Permainan Video Terbaik Secara Keseluruhan daripada IGN

God of War telah mengalahkan GTA 5 dalam penentuan terakhir anugerah itu.

Anugerah ini dipertandingkan oleh 64 permainan video yang sangat popular telah dikalahkan oleh God of War dengan hampir 27 juta pemain telah mengambil bahagian untuk mengundi. Permainan video God of war telah mengalahkan kesemuanya secara pengundian majoriti.

Admin juga telah mengambil bahagian untuk mengundi dan memilih GTA 5. Namun begitu, pengembaraan yang menajubkan antara Kratos dan anaknya Atreus dalam dunia yang penuh mencabar yang melibatkan watak Odin dan Thor ,telah megalahkan permainan video yang sudah lama bertapak dalam industri ini iaitu GTA 5. God of War telah mengalahkan GTA 5 dengan 100 ribu undian.

Grand Theft Auto V tiba di pertempuran terakhir setelah mengalahkan The Legend of Zelda: Breath of the Wild, yang kebetulan merupakan permainan yang mendapat undian terbanyak ke Final Four kejohanan ini. Sayangnya untuk raksasa Rockstar yang memasuki bracket sebagai pilihan nombor 4, ia tidak dapat mengekalkan rentak permainannya yang memerlukan satu pusingan lagi untuk mencapai kemenagan. Tambahan pula, permainan GTA telah menjual lebih dari 150 juta salinan dan tidak menunjukkan tanda berhenti. Ia berjaya mengalahkan Batman: Arkham City, The Last of Us, Halo 2, dan Uncharted 2: Among Thieves.

Jangkaan kenapa God of War menjadi pilihan ramai

  1. Pengembaraan yang sangat menarik

Permainan video ini selalu menyajikan kita semua dengan misi yang sangat mencabar serta seronok. Tedapat juga cerita pendek pada setiap misi yang dijalankan menambahkan lagi cita rasa kepada game ini.

2. Grafik yang menajubkan

Seperti sedia maklum, permainan ini dapat dimainkan pada resolusi 4K . Tambahan pula, pencipta permainan ini memberi pemain merasa bermain seperti di alam fantasi. Suasana di dalam permainan ini sangat cantik atau menyeramkan bergantung kepada situasi misi .

3. Kratos menjadi bapa

God of War terbaru telah membawa semua pemain menikmati sisi lain watak utama permainan video itu. Anaknya, Atreus telah membawa satu impak positif di dalam permainan itu kerana kebanyakan misi perlu dijalankan bersama anaknya.Peminat tegar permainan video ini amat menyukai mod kerjasama antara ayah dan anak seperti itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.