‘GTA Trilogy Definitive Edition’ bakal ke poket anda

GTA Trilogy adalah versi penambahbaikan dari Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto Vice City, dan Grand Theft Auto San Andreas. Masing-masing dari tiga permainan ini dibuat semula menggunakan Unreal Engine dan akan menjadi gabungan “grafik baru dan lama”. UI untuk permainan juga dikemas kini, tetapi permainan video ini akan mempunyai mod jalan cerita yang sama. Permainan ini akan dilancarkan pada telefon pintar.

Apa yang menarik?

Rockstar secara aktif mengembangkan versi penambahbaikan tiga permainan yang disebut Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto Vice City, dan Grand Theft Auto San Andreas menggunakan Unreal Engine 4. Saya sangat mengharapkan grafik yang realistik dari 3 permainan ini. Sama seperti Bright Memory Mobile, pemaju membuat permainan itu dengan menggunakan Unreal Engine 4 dan grafiknya sangat cantik.

Tetapi syarikat rockstar belum menjelaskan secara terperinci apa jenis penambahbaikan teknikal yang dibuat, dan juga belum ada rakaman permainan video ini setakat ini.

Secara realistiknya bagi pengguna android, perlulah mempunyai teknologi terkini untuk bermain permainan video seperti ini.

SISTEM KEPERLUAN
AndroidMinimumDisyorkan
ProcessorSnapdragon 660 atau setarafSnapdragon 845 atau setaraf
RAM3GB6GB
Operating SystemAndroid 7Android 8.1 dan keatas
Storage6GB (not yet official)6GB (not yet official)
IOSPeranti yang Disokong
DevicesSesuai dengan iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone SE (generasi ke-2), iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPad Air (generasi ke-3), iPad Air (generasi ke-4), iPad mini (generasi ke-5), iPad Pro (12.9-inci) (generasi ke-2), iPad Pro (10.5-inci) (generasi ke-2), iPad Pro (11-inci) (generasi ke-3), iPad Pro (12.9-inci) (generasi ke-3), iPad Pro (11-inci) (generasi ke-4), iPad Pro (12.9-inci) (generasi ke-4), dan iPad ( Generasi ke-8)
Storage6GB (not yet official)
Operating SystemIOS 12.0 dan keatas

Seperti yang dinyatakan, permainan ini sangat mementingkan grafik dan sduah semestinya memerlukan peranti yang terkini untuk dimainkan. Jadi, jika anda berminat untuk memasuki alam GTA di peranti anda, anda bolehlah memastikan bahawa peranti anda tergolong dalam kalangan di atas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.