IKEA Gaming X ASUS ROG Dikatakan Mampu Milik

Kerjasama IKEA dengan Asus ROG (Republic of Gamers) kini telah membuahkan hasil dengan pengumuman mengenai keluaran rangkaian perabot yang mengfokuskan kepada Gamers.

Source : IKEA

Rangkaian Uppspel pertama akan mula dijual dalam talian dan di kedai pada 14 November dan disertakan bersama lima siri lagi keluarga produk yang ditujukan kepada pemain PC, iaitu: Lanespelare, Matchspel, Gruppspel , Utespelare dan Huvudspelare. Rangkaian lain itu hanyalah hasil kerja IKEA, dan hanya produk Uppspel yang sebenarnya dibuat bersama dengan ROG.

Secara keseluruhan, lebih 30 produk akan dilancarkan dalam pelbagai keluarga ini, dan sementara IKEA hanya bekerja dengan Asus ROG di Uppspel, IKEA menyatakan bahawa rangkaian produk lain juga berpandukan daripada ASUS ROG di mana menitikberatkan tiga elemen utama untuk pemain: reka bentuk, prestasi tinggi dan harga.

IKEA juga melancarkan beberapa aksesori permainan khusus lain yang IKEA keluarkan termasuk kerusi,mug ,bungee tetikus , pad tetikus, bantal leher , pad lantai dan banyak lagi.

Anda boleh melayari laman sesawang IKEA untuk menempah atau pergi ke gedung IKEA berdekatan anda pada 14 November 2021.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.