Nintendo Switch model OLED baru

Ciri baru Nintendo Switch

Sistem baru ini mempunyai skrin OLED 7 inci yang kukuh dan boleh melaras degan luas . Tambahan pula, Nintendo Switch menambah dok dengan port LAN berwayar dan mampu menyimpan data sehingga 64GB . Yang menarik minat ramai adalah penambahbaikkan dari segi audio.

Skrin OLED mampu memberi impak yang sangat positif. Pemain dapat menikmati permainan video degan skrin yang sangat cantik serta luas bersaiz 7 inci.

Ciri baru tapak berdiri membolehkan pemain bermain di atas meja tanpa perlu memegang peranti tersebut. Hal ini membolehkan pemain bermain permainan video yang menggunakan stering dan merasai pengalaman berlumba di tahap maksimum. Tapak berdiri juga dapat diubahsuai mengikut keselesaan anda. Sangat komprehensif.

Dengan adanya LAN port, pemain boleh menyambung peranti kepada TV untuk merasai pengalaman yang lebih realistik dengan skrin yang lebih besar.

Nintendo Switch baru ini dapat menyimpan 64GB data dan permainan. Pemain boleh menyimpan permainan mereka dengan sangat mudah tanpa perlu memikirkan tentang had simpanan.

Dengan audio baru ini, pemain boleh menikmati kualiti audio sama ada pemain bermain di atas tangan atau di atas meja.

Bagi anda yang berminat dengan Nintendo Switch baru ini, bolehlah mendapatkannya dengan harga RM 1799.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.