‘PC Building Simulator’ percuma sekarang!

PC Building Simulator boleh diakses secara percuma pada 7 Oktober – 14 Oktober di Epic Games

Permainan simulator ini akan kekal jika pemain sempat mengakesnya pada tarikh yang dinyatakan di atas.

1. Membuka bisnes sendiri

Mod kerjaya di PC Building Simulator memberi anda tanggungjawab untuk menceburi bidang perniagaan ,pembinaan dan pembaikan PC anda sendiri. Dari bengkel yang selesa, anda mesti menggunakan semua kemahiran teknikal anda untuk menyelesaikan pelbagai pekerjaan yang sesuai dengan anda. Dalam mod ini, pelanggan akan meminta anda membina atau membaiki PC daripada masalah-masalah yang mudah mahupun kompleks. Yang menarik sekali, anda perlu pandai menyelesaikan masalah PC mereka tanpa menyebabkan kos pembaikan melebihi kos modal anda. Dengan itu, anda boleh mendapat keuntungan dalam bisnes anda.

2. Membina PC idaman anda

Bina PC anda daripada semua bahagian kegemaran anda dan serlahkan kreativiti anda dengan memilih lampu LED dan kabel yang mempunyai pelbagai warna untuk menyerlahkan lagi model anda. Anda boleh memilih sistem penyejukan udara ataupun air untuk memastikan model anda sentiasa berada dalam suhu yang terkawal. Setelah model anda siap, anda boleh mengaktifkannya dan membuat penanda aras. Tambahan lagi, anda boleh mengakses BIOS dan ‘overclock’ PC anda untuk meningkatkan lagi kuasa dan prestasi PC anda.

3. Belajar untuk membina PC

Ini adalah tujuan utama permainan simulator ini dibina. Ia membolehkan pemain belajar dan lebih memahami PC mereka. Permainan ini boleh diakses oleh semua aspek masyarakat daripada peringkat permulaan mahupun profesional dalam bidang pembinaan PC. Permainan ini boleh mengajar pemain untuk mengenali semua bahagian PC dan menerangkan setiap fungsi-fungsinya.

Permainan ini berharga RM39 di Steam. Jadi, anda semua bolehlah mengakses dan menyimpan permainan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.