Situasi Semasa Francais Permainan Pokemon

Fracnais Pokemon sangat stabil pada lima tahun lalu semasa Pokemon GO dilancarkan. Tambahan pula, Pokemon GO telah membawa francais permainan Pokemon sangat popular yang tidak pernah dapat dilihat selama beberapa dekad perm permainan itu dilancarkan.. Pokemon GO juga telah menjadi perbualan ramai sehinggakan pernah pemain berkumpul setempat dengan jumlah yang ramai untuk menangkap Pokemon Lagenda. Kini, permainan ini masih mempunyai peminat khusus yang menikmati acara dan ganjaran yang ditawarkan oleh permainan yang dibangunkan oleh Niantic.

Namun selain daripada Pokémon GO, francais itu masih sangat popular tanpanya. MOBA mudah alih tahun ini, Pokémon UNITE, semakin ramai yang baru mula melibatkan diri. Baru-baru ini Pokemon UNITE melancarkan acara khas bertema Halloween. Itu adalah tambahan kepada filem Netflix terbaru, Secrets of the Jungle, yang dilancarkan lebih awal pada bulan Oktober. Permainan Pokemon seperti ini seperti biasa mendapat sambutan hangat tetapi peminat tegarnya menegaskan bahawa permainan seperti Pokemon UNITE ini bukanlah suatu imej yang perlu diterapkan di dalam francaisnya.

Permainan Pokemon 2019’s Sword and Shield yang merupakan telah banyak diuji oleh pemain Nintendo Switch yang mengatakan permainan ini mengambil jalan mudah untuk membangun sesebuah permainan berfrancais Pokemon. Permainan ini berkonsepkan mekanikal yang biasa di mana pemain perlu berlawan dengan 8 ketua gim untuk melepasi misinya. Permainan seperti ini boleh dikatakan menarik pada peminat baru namun peminat tegar Pokemon mengatakan mereka sudah mula merasa bosan dengan mekanikal biasa ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.