Soloz boleh dijadikan idola

Sebagai semua maklum Soloz merupakan tunggak utama kejayaan sesorang yang boleh kita contohi dalam dunia e-sukan.

Soloz atau lebih dikenali sebagai Mohd Faris Zakaria merupakan ikon terbesar dalam bidang e-sukan di Malaysia. Soloz mula bermain permain video sejak beliau kecil lagi.Beliau mula menceburi bidang profesional dalam e-sukan dalam pertandingan Dota di Malaysia. Selepas keluarnya permainan video Mobile Legends, Soloz berminat untuk mencuba permainan yang berasaskan telefon itu. Beliau mula menunjukkan bakat beliau di dalam permainan itu. Oleh kerana itu, beliau menyertai banyak pertandingan Mobile Legends.

Kejayaan beliau disebut-sebut lagi apabila viralnya video beliau yang membeli kereta Mustang dengan hanya memakai capal ke pusat jualan kereta itu yang dirakam oleh rakannya. Dengan ini, beliau membawa satu imej yang sangat positif kepada semua pencipta kandungan.

Tambahan pula, pada 2 Mei 2020, Malaysia Book of Records telah mengumumkan bahawa Soloz kini telah dimasukkan dalam buku rekod tersebut. Beliau kini memegang rekod jumlah pengikut tertinggi di Facebook dalam kategori e-sukan.

Pada waktu ini, Soloz mempunyai lebih daripada 1.2 juta pengikut di laman Facebooknya. Beliau terkenal sebagai seorang streamer yang sangat handal bermain permainan video seperti Mobile Legends: Bang Bang.

Jelas sekali pengalaman beliau sebagai seorang atlit e-sukan yang pernah bermain untuk pasukan Team Bosskur melonjakkan kerjaya beliau sebagai seorang streamer.

Selain menjadi prodesional dalam e-sukan dan pencipta kandungan, beliau juga pernah menjadi pengurus kumpulan. Pada akhir September 2020, Soloz menaikkan lagi statusnya kepada pengurus pasukan apabila dia membentuk skuad Anti Circle yang mengumpulkan bekas anggota Marlino yang menduduki tempat kesembilan di kejohanan liga PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Musim 2. Kongsinya, dia melihat potensi dan bakat besar yang ditunjukkan pasukan tersebut ketika kejohanan liga terbabit lantas memutuskan keputusan untuk menaja kumpulan tersebut. Katanya, “Setiap pemain akan diberi gaji tetap setiap bulan, kemudahan dan aspek berkaitan lain yang akan ditingkatkan dari masa ke masa.”

Justeru, jelaslah bahawa e-sukan di Malaysia boleh menjadi salah satu tonggak kejayaan seseorang individu mahupun kumpulan. Pengajran yang kita perolehi dariapda beliau adalah seperti sikap beliau yang sentiasa merendah diri serta membantu orang lain. Namun, janganlah kita menggunakan e-sukan ini untuk kita menghindari tanggungjawab kita yang sebenar iaitu pelajaran.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.