Squid Game : Viral di media sosial, No.1 di carta global Netflix

Drama Korea Selatan terbaru yang melanda Netflix telah menggegarkan internet, menjadi tren di Netflix dan Twitter berulang kali sejak diterbitkan pada 17 September 2021. Squid Game (오징어 게임) menceritakan kisah sekumpulan warganegara yang berhutang, bertanding dalam pelbagai permainan berbahaya untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai berbilion won, dan jika kalah mereka akan disingkirkan dengan hukuman kematian.

Sejak diumumkan siri Squid Game ini ,di mana Netflix telah meramalkan akan menjadi siri terbesar mereka. Siri ini membawa pengalaman yang menakutkan , sedih dan juga gembira kepada penonton di seantero duinia.Dengan popularnya siri ini, kiota boleh lihat terdapat pelbagai ‘spoiler’ ,’meme’ dan juga reviu yang membanjiri media sosial sekarang.

Pengalaman menonton siri ini sangat seronok kerana mereka membawa barisan pelakon-pelakon yang sangat pandai melakonkan watak masing-masing. Watak utama mereka adalah Seong Gi-hun (Lee Jung-Jae): kuat berjudi dan mempunyai masalah hutang keliling pinggang. Bercita-cita untuk menyelesaikan hutang dan tinggal bersama anak perempuan serta ibunya dalam keadaan selesa dan merupakan tujuan utama dia menyertai Squid Game ini.

Para peserta Squid Game perlu melepasi 6 cabaran untuk memenangi wang tunai yang sangat lumayan.Semua cabaran dalam Squid Game bersifatkan permainan tradisional Korea Selatan yang semakin kurang dimainkan pada zaman sekarang. Hal ini memberi impak positif kepada cerita ini di mana mereka boleh mempromosi permainan-permainan tradisional mereka kepada selrun penonton.6 cabaran ini bukannya mudah untuk melepasinya kerana setiap cabaran pasti akan ada peserta yang mati disebabkan gagal melepasinya.

See the source image

Secara keseluruhannya siri Squid Game ini banyak mengajar kita erti kesyukuran, semangat setia kawan dan sikap bantu-membantu. Kepada mereka yang belum pernah melihat siri Squid Game ini , admin sangat sarankan anda menontonnya.Admin bagi 8/10 bintang . Admin rasa cerita ini terlalu pendek dan terburu-buru di mana pihak pengurusan Squid Game perlu membawa lebih banyak cabaran supaya pengalaman penonton lebih menyeronokkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.