Valorant : 100 Thieves Melepaskan FrosT

Hector “FrosT” Rosario telah dibebaskan secara rasmi daripada 100 Thieves

FrosT secara rasmi mula melatih 100 Thieves pada 2021, tetapi telah bekerjasama dengan mereka sejak September 2020 sebagai penganalisis, memenangi First Strike: Amerika Utara bersama pasukan sebelum menjadi ahli rasmi. Sejak itu, skuad FrosT telah berada di puncak NA VCT dan memuncak pada peringkat empat teratas Peringkat 3: Masters Berlin.

Walaupun 100 Thieves berjaya sepanjang musim pertama kejohanan VCT, mereka tidak dapat memperoleh mata yang mencukupi untuk kelayakan terus ke Chmapion. Hasilnya, mereka bersaing di NA LCQ untuk tempat kelayakan terakhir Amerika Utara. 100 Thieves bermula dengan gagah menewaskan dua lawan pertama mereka, tetapi kekalahan kepada Cloud9 Blue dan Rise menyingkirkan mereka daripada pertandingan dengan penamat di tempat ketiga. Akibatnya, perjalanan mereka dalam kejohanan Riot rasmi untuk baki tahun ini berakhir.

Masa depan senarai 100 Thieves semakin retak dengan khabar angin Nick “nitr0” Cannella mungkin kembali ke CS:GO. Dua tempat nampaknya akan dibuka pada senarai CS:GO Liquid, seperti yang dilaporkan oleh Rush B Media, mungkin mendorong nitr0 untuk kembali ke bekas pasukan dan permainan asalnya. Pada masa ini, keadaannya masih belum dapat dipastikan.

Pada masa ini, aghli 100 Thieves adalah:

  •  Spencer “Hiko” Martin
  •  Ethan “Ethan” Arnold
  •  Aaron “b0i” Thao
  •  Nick “nitr0” Cannella
  •  Peter “Asuna” Mazuryk
  •  Johann “seven” Hernandez (Substitute)
  •  Jovanni “Jovi” Vera (Analyst)
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.