Valorant Mobile bakal dilancarkan tidak lama lagi

Source: firstsportz.com

Valorant Mobile yang ditunggu-tunggu oleh para gamers di seluruh dunia sedang berada dalam pembangunan. Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh IGN India, Riot Games (pembangun permainan Valorant) sedang dalam proses menganalisis pasaran permainan tersebut, iaitu Valorant Mobile buat sementara waktu ini.

Tambahan pula, menurut ‘PlayerIGN’ yang amat terkenal dengan meramal dunia permainan video, tarikh pelancaran Valorant Mobile akan dilancarkan dengan lebih awal daripada apa yang disangkakan. Menurutnya, Valorant Mobile akan diumumkan pada E3 2021, yang akan berlangsung sekitar pertengahan bulan Jun.

Berita ini tidak mengejutkan banyak pihak. Sebelum ini, kami telah melihat rentetan tutorial Valorant Mobile dibocorkan oleh pelombong data. Setting valorant mobile juga turut bocor di laman Twitter @ValorLeaks.

Populariti permainan mudah alih yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan semakin banyak pemain permainan video mengeluarkan versi mudah alih dari tajuk utama mereka. Tidak perlu dikatakan, Valorant Mobile dijangka akan menjadi hit dalam komuniti permainan mudah alih apabila dilancarkan.

Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi yang dibuat oleh Riot Games mengenai pelancaran Valorant Mobile.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.