Venom : Let there be Carnage membina rekod pengutipan sebanyak $90 Million semasa pandemic

Sambungan filem Venom 2019 itu telah memecah rekpd filem Black Widow iaitu sebanyak $80 Million

Walaubagaimanapun, filem Black Widow juga disiarkan melalui platform Disney+ di mana mereka mengutip $60 Million lagi di situ. Filem sambungan Venom 2018 ini hanya disiarkan melalui pawagam sahaja.

Sambungan filem Venom 2018 ini mengutip lebih banyak berbanding filem sebelumnya iaitu hanya sekitar $80 Million. Filem itu telah mengutip sebanyak $213 Million di Amerika Utara dan $856 Million di seluruh dunia.

Di tempat kedua carta ialah filem animasi bertajuk The Adams Family 2 dengan kutipan sebanyak $18 Million. Di tempat ketiga ridak lain lagi iaitu Marvel Shang-Chi dengan kutipan $6 Million pada minggu keempat selepas pelancaran filemnya di pawagam.

Marvel Shang Chi telah berjaya mengutip sebanyak $206 Million secara keseluruhan dan menjadi filem pertama yang berjaya melepasi $200 Million pada musim pandemik ini.

Filem ini menjadi perbualan ramai kerana semua orang mahu melihat perlawanan antara Venom dan Carnage ang ditunggu-tunggu sejak mereka melihat kredit tambahan selepas filem Venom 2018. Semasa itu, filem ini mendedahkan Tom Hardy, memegang watak Venom menjumpai Carnage di penjara.

Bila Venom : Let there be Carnage akan bersiaran di Malaysia?

Venom : Let there be Carnahe akan bersiaran di Malaysia pada 11 November 2021 di pawagam, di mana 2 minggu lebih awal dari tarikh sebenarnya iaitu pada 25 November 2021.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dari penulis sama

Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.